Cara Mudah Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu

jpj dan kejara

Kini nampak lebih mudah untuk membantu anda lulus Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang diwajibkan kepada semua calon-calon pemandu yang inginkan sekeping kad yang membolehkan mereka layak untuk memandu kenderaan di jalanraya. Tidak seperti suatu masa dahulu di mana kita terpaksa membeli buku peraturan jalanraya dan membacanya hingga rasa nak muntah. Mana tidaknya, ingatkan selepas habis alam persekolahan dah tak perlu lagi membaca dan memasuki bilik peperiksaan tapi rupanya masih ada lagi keperluan untuk berbuat demikian.

Zaman kecanggihan dunia teknologi maklumat ini, sebut sahaja apa yang kita ingin tahu, semuanya mungkin ada jawapannya di internet. Pujian harus diberikan kepada mana-mana pihak yang telah sudi berkongsi maklumat di internet.

Terdapat sebuah laman Web yang dibangunkan untuk membantu anda mencapai kejayaan yang diimpikan. Dalam laman Web tersebut terdapat lebih kurang 500 soalan yang dikumpulkan dalam set-set tertentu. Antara soalan-soalan yang ditanya ialah papan tanda, undang-undang, soalan-soalan Sistem Kejara.

Sistem Kesalahan Jalan Raya atau ringkasnya Sistem Kejara, iaitu suatu
prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. Terdapat 23 kesalahan yang telah disenaraikan dibawah sistem ini dan ianya mula dikuatkuasakan pada 15 April 2017. Maksud kesalahan terjadual ialah senarai kesalahan yang telah dikenalpasti dan ditetapkan pengiraan matanya didalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017.

Berikut adalah mata demerit yang akan diberikan.

  • 20 mata pertama – Amaran. Sekiranya anda pemegang Lesen Memandu Percubaan, ianya akan dibatalkan.
  • 20 mata kedua – Lesen digantung 6 hingga 8 Bulan.
  • 20 mata ketiga – Lesen digantung 8 hingga 10 Bulan.
  • 20 mata keempat – Lesen digantung 10 hingga 12 Bulan.

Lesen memandu akan dibatalkan sekiranya anda digantung lesen sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun. Oleh yang demikian berhati-hatilah ketika memandu dan patuhi peraturan-peraturan jalanraya yang telah ditetapkan.

Cara Menyemak Mata Demerit

Anda boleh menyemak mata demerit yang dikumpul dengan melayari laman Web JPJ di link Semakan Mata Demerit. Caranya amat mudah dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan seperti contoh dibawah.

Berbalik kepada persiapan menduduki Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) sebaiknya anda membuat persiapan asas dalam mempelajari topik-topik yang akan ditanya kepada calon.

Salah satu dari siri ujian ialah Ujian Buta Warna. Ini amat penting kerana anda sebagai pengguna jalanraya semestinya dapat melihat dengan jelas simbol-simbol atau papan tanda yang terdapat di jalanraya.

Latihan Ujian Buta Warna

Untuk latihan seterusnya yang berkaitan soalan-soalan objektif anda mempunyai 2 pilihan samada ingin berlatih menggunakan komputer ataupun mobile apps.

Review Ujian KPP Apps

Jika dilihat pada cebisan review (seperti imej di atas) yang telah ditinggalkan oleh mereka yang telah menggunakannya memang boleh dipercayai akan kehebatan mobile apps tersebut.

Jadi apa tunggu lagi, berlatihlah dari sekarang. Jangan tunggu lama-lama, bimbang nanti semangat merudum, langsung tak berlatih dan akhirnya memasuki bilik ujian dengan kepala yang kosong. Jika itu terjadi, maka, anda telah berjaya membuang wang, tenaga dan masa.

Sekian dan Selamat Maju Jaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.