Bagaimana Mengintip Mesej Whatsapp Seseorang

Agak berbau nakal bila membaca tajuk artikel kali ini. Tentu saja ia mempunyai unsur jenayah kerana melanggar privasi seseorang. Adakah ini dibenarkan? Sudah tentu tidak tetapi bila melihat dari sudut yang positif, ianya mendatangkan kesan yang baik.

Bayangkan jika anak anda asyik berkomunikasi melalui medium Whatsapp berjam-jam lamanya sudah pasti ini sedikit sebanyak mendatangkan keraguan kepada anda.

Dengan siapa dia berborak? Adakah berborak dengan rakan berlainan jantina? Apakah topik perbualan mereka? Jika keraguan anda berterusan, maka, sudah tiba masanya anda melakukan tindakan yang sepatutnya.

Bermula Januari 2015, Whatsapp telah melancarkan Whatsapp Web. Ianya merupakan lanjutan dari fungsi utama Whatsapp iaitu sebagai alat komunikasi dalam bentuk teks. Di samping itu Whatsapp juga berkeupayaan dalam perkongsian dokumen/fail, audio, video dan sebagainya.

Whatsapp Web bertindak sebagai ejen perkongsian skrin di telefon dan di skrin komputer. Konsep mirroring diguna-pakai dalam perkara ini. Ia bermaksud apa yang anda taip di telefon akan juga dipaparkan di atas skrin komputer melalui Whatsapp Web. Anda bebas samada ingin terus menaip menggunakan Whatsapp di telefon anda, ataupun menaip di Whatsapp Web.

Seperkara lagi, pernahkah anda mengalami situasi di mana anak-anak anda yang masih bersekolah meminta telefon anda untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka bertanyakan hal-hal berkaitan kerja sekolah? Adakalanya mereka meminta pula dibelikan sebuah telefon bimbit bertujuan untuk tujuan tersebut. Banyak risikonya sekiranya mereka mempunyai telefon sendiri kerana di zaman serba moden ini ruang maklumat di internet terlalu terdedah kepada unsur-unsur yang tidak sepatutnya dicapai oleh mereka yang masih dibawah umur. Laman-laman Web lucah adakalanya memancing pengguna internet untuk singgah ke laman Web mereka. Ini sesuatu yang patut disekat!

Dengan menggunakan Whatsapp Web atau juga dikenali sebagai Whatsapp Desktop, anak-anak anda boleh menggunakan komputer untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka disamping anda dapat memantau apakah yang mereka bualkan sewaktu ketiadaan anda di rumah. Jangan lupa untuk membeli sebuah Firewall untuk menyekat komputer tersebut memasuki laman-laman Web yang tidak sepatutnya. Di dalam artikel ini, Admin tidak menerangkan secara terperinci berkenaan Firewall kerana ianya agak teknikal, memadai anda memahami akan fungsi Firewall itu sendiri adalah untuk menapis aliran trafik yang keluar menghala ke laman-laman Web yang boleh merosakkan sahsiah diri anak-anak.

Bagaimana Menggunakan Whatsapp Web atau Whatsapp Desktop?

Whatsapp Web

Senang sahaja. Anda cuma perlu memasuki laman Whatsapp Web di https://web.whatsapp.com/ dan ikuti arahan berikut :

  • Buka Whatsapp di telefon anda
  • Tekan Menu (3 titik bertindih) kemudian pilih Whatsapp Web.
  • Bawakan telefon anda ke skrin komputer dan kemudian imbas kod yang dipaparkan di skrin menggunakan telefon anda.
Whatsapp di skrin komputer

Anda akan dapat melihat senarai rakan Whatsapp beserta grup-grup Whatsapp disebelah kiri manakala disebelah kanan ialah teks komunikasi anda dengan pengguna Whatsapp yang lain. Lebih kepuasan dapat menaip menggunakan papan kekunci dan membaca teks bersaiz besar. Wow!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.