Zello PTT Walkie-talkie

zello walkie talkie

Tengah usha-usha walkie-talkie kat Lazada Malaysia tetiba terjumpa pula satu smartphone app untuk tujuan berkomunikasi secara push-to-talk. Ada lagi apps diluar sana tapi aku malas la nak install, cuba, uninstall yang lain pulak. Argghhh… lecehla asyik pasang-bukak, pasang-bukak, macam la dah takde kerja lain.

Terjumpa app yang bernama Zello PTT walkie-talkie app. Dengan jumlah download mencecah 65 juta, ianya bukan app sembarangan. Zello adalah applikasi push-t0-talk untuk telefon pintar, tablets dan PC. Tak kira lah samada PC jenis laptop atau desktop, kedua-duanya dapat menikmati fungsi Zello ini.

zello walkie talkie

Sejarah Zello Push-to-talk Walkie-talkie

Alexey Gavrilov merupakan orang yang mencipta applikasi asal yang dipanggil Loudtalks pada September 2007. Macam biasa bila sesebuah syarikat lain yang melihat potensi Loudtalks ini, mereka telah membelinya dan melakukan proses penjenamaan semula dan memindahkan pasukan pembangunan sistem ke Austin. Zello telah dilancarkan secara rasmi pada 20 jun 2012.

Sumber : Wikipedia

Cara pasang mudah aje. Download app dan daftar akaun Zello. PERCUMA! Free aje untuk kegunaan peribadi. Itu janji Zello, akan free untuk kegunaan sendiri selama-lamanya.

Apakah Ciri-ciri Yang Terdapat Pada Zello?

Aku dah cuba, jangan risau review ini bukan review promosi. Review ikhlas sebab aku memang suka mencuba benda-benda baru.

Laju – memang laju, seolah-olah macam bercakap secara bertemu empat mata. Aku dah cuba bermain Zello dengan anak-anak aku memang diaorang excited betul. Siap nak handphone sorang satu. Hape??? Sorry la belum masanya lagi ye sayang.

Voice History – Korang dapat dengar kembali perbualan yang telah lalu. Ianya dirakam sebagai sebuah arkib audio.

Senang Nak Digunakan – Tekan aje butang untuk korang bercakap. Nanti semua yang dalam grup akan dengar. Dengan syarat engkau login ke akaun Zello  dan semua ahli grup juga telah login ke akaun Zello.

Ringan – bukan telefon ringan ye. Kita bercakap tentang keringanan app tersebut terhadap sistem operasi. Ianya menggunakan cebisan sistem yang sedikit aje. Maksudnya tempoh launching app amat cepat, kurang penggunaan memori. Bila handphone mempunyai baki memori yang besar, handphone menjadi lebih laju.

Multilingual – yang ini jarang orang nak guna. Zello didatangkan dengan 22 bahasa. Tapi untuk rakyat Malaysia pilih aje English.

One-to-many – berkomunikasi dengan seseorang atau dengan ramai orang didalam sesebuah channel.

Loud – memang jelas perbualan melalui Zello. Sebutir-sebutir perkataan yang muncul di corong handphone. Tapi ianya juga bergantung kepada kekuatan talian internet.

Compatibility – kemampuan Zello bekerja di talian internet yang menggunakan Wi-Fi, 3G, 4G, and even GPRS and EDGE.

Kesimpulan, percubaan aku terhadap app ini kiranya berbaloi la. Masih aku gunakan dan masih juga aku berpuashati dengan kualiti yang ada padanya. Dapatkan Zello PTT Walkie-talkie untuk korang hello-hello ibubapa di kampong. Dengan ciri-ciri mudahnya mengguna Zello, rasanya takde masalah ibubapa nak menggunakannya. Korang hanya perlu setup dan lepas tu suruh mak ayah tekan aje butang yang keluar di skrin untuk bercakap. Tak payah keluar duit bayar bil telefon lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.