Whatsapp Boleh Buat Call

whatsapp homepage

Ehmmm, benda ni teknologi lama la. Lama dah Skype offer feature ni, dah berkurun jugakla.

Tapi jangan korang remehkan pasal feature terbaru dari Whatsapp ni. Kenapa? Sebab hampir semua smartphone menggunakan applikasi Whatsapp. Whatsapp adalah satu jenama chatting paling popular ketika ini. Applikasinya lebih “ringan” berbanding applikasi-applikasi lain dalam kategori yang sama dengannya (kategori chatting).

Kenapa aku suka Whatsapp? Yelah macam aku kata tadilah, lebih ringan, maksudnya amat laju bila kita lancarkan applikasi tu. Faham ke maksud lancar tu. Klik…klik pada ikon Whatsapp atau tekan pada ikon tu. Berbanding applikasi lain yang berdenyut-denyut nak buka skrin pertama applikasi tapi Whatsapp steady je, bila klik aje terus dapat skrin pertama, taklah kita jadi boring sokmo!

Lagipun Whatsapp download free aje, bukan kena bayar pun. Tapi itu untuk tahun pertamalah, tahun kedua kena sikit RM3.50. Kalau RM3.50 pun korang kata melampau, tak tau aku nak cakap, berenti guna Whatsapp je la. Korang download la Whatpa ke, Whatgapo ke…

Tapi kalau nak download Whatsapp, silalah download di sini, Applikasi Whatsapp. Pastikan korang baca artikel rentashidup.com dalam smartphone korangla. Apa ke peliknya korang baca kat laptop pastu download Whatsapp. Lepas tu bising-bising kata Whatsapp tak muncul-muncul kat smartphone korang. Korang jawab sendiri la ye. Hahaha…

Whatsapp Boleh Buat Call?

whatsapp homepage

Whatsapp Homepage

Whatsapp boleh buat call jika korang guna versi 2.12.5 tapi kalau tengok pada maklumat yang dikeluarkan di Web, versi yang membolehkan korang buat panggilan ialah 2.12.19. Kadang-kadang maklumat tak tepat, aku guna Whatsapp versi 2.12.5 dan dapat buat panggilan tanpa sebarang masalah.

Terdapat beberapa perubahan pada skrin Whatsapp iaitu di bahagian atas dipaparkan tab/menu seperti berikut :

  • Calls – senarai panggilan yang telah dibuat ataupun panggilan tidak berjawab (panggilan rindu/missed call)
  • Chats – untuk mesej memesej kawan-kawan dan rakan-rakan.
  • Contacts – senarai contact yang ada akaun Whatsapp
whatsapp call list

Senarai Contact

Kalau dah pilih siapa-siapa yang nak di panggil, tekan pada gambar profail dan akan keluarlah skrin seperti dibawah ini. Ha…Mior Hasafi, ko jadi model aku jap, sorry no royalty at all.

whatsapp call person

Membuat Panggilan Melalui Whatsapp

Selepas itu klik pada gambar gagang telefon dan terdengarlah nada dering, kring…kring… Haa…kan dah bunyi tu, pandai pulak ko bunyikan ye? Sama lak tu bunyik nyer. Hehehe….

Aku faham, korang faham ke?

Tapi kualiti suara agak kurangla berbanding panggilan biasa. Biasala panggilan menerusi Voice Over IP (VOIP) memang begitu. Dah tercengang pulakkk…. dengar VOIP. Tak ape jangan berat-beratkan kepala, buat-buat faham aje la. Nanti kalau ada kesempatan aku cerita sikit pasal VOIP. Tapi ringkasnya ialah perjalanan suara tu ditukar kepada bentuk data yang melalui protokol Internet. Jika tidak melalui VOIP, panggilan suara akan melalui laluan sistem PSTN tradisional. Pening lagi kannnnn? Itula…jangan ambik kisah sangat sebab benda tu terlalu teknikal. Aku yang teknikal ni pun kekadang blur jugak.

Kesimpulannya, kualiti suara tak berapa penting sebab yang paling penting mesej dalam suara tu mesti dapat diterima dan difahami oleh kedua-dua belah pihak. Jadi tunggu apa lagi, download la Whatsapp versi 2.12.5 di telefon smartphone korang. Saya sudah, anda bila lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.