Perbezaan Antara Blog Dan Laman Web

wordpress add new post

Ramai yang telah tahu apa itu blog sebab ramai yang minum Ice Blog. Secara tidak langsung Ice Blog telah mempromosikan blog sehinggakan budak kecil pun dah pandai sebut “blog, blog, saya nak blog”.

Baiklah itu cerita pasal Ice Blog dan ianya tidak ada kena mengena langsung dengan topik kali ini, cuma perkataan blog sahaja yang ada persamaan.

Saya akan cuba menerangkan perbezaan secara santai yang tidak terlalu teknikal untuk mengelakkan anda dari kebingungan. Bagi orang teknikal seperti saya, adakalanya terlalu syok sendiri hinggakan tidak perasan yang pembaca datang dari latarbelakang yang berbeza.

Perbezaan Antara Blog dan Laman Web

Perkataan sebenarnya adalah ringkasan dari weblog, satu medan perbincangan di alam siber menerusi komen-komen yang ditulis oleh pengunjung blog tersebut.

Blog Adalah Sistem Komputer

Kenapa? Tak mungkin! Sistem macam sistem daftar pesakit di klinik, sistem kewangan dan pinjaman di bank ke? Kita katakan ia sebuah sistem komputer kerana ia mempunyai sebuah database (pangkalan data). Blog adalah tergolong dalam keluarga CMS (Content Management System) dimana keseluruhan pengurusan blog boleh dilakukan di blog itu sendiri. Jika kita perhatikan sesebuah blog mempunyai sebuah skrin admin untuk menyelenggara blog. Setiap settings dan blog postings akan disimpan di database blog dan pemilik blog sebagai admin boleh menyelenggara blog dengan mudah.

Blog Mudah Diselenggara

Blog boleh diselenggarakan oleh seseorang yang tidak mempunyai ilmu IT (information technology). Mungkin pada peringkat pemasangan memerlukan sedikit kemahiran IT akan tetapi pemilik blog boleh mendapatkan servis pemasangan blog dari mereka yang berpengalaman. Kalau dikatakan tentang pengalaman, jika sekali anda memasang blog anda sendiri, maka, anda telah pun dinaik taraf sebagai seorang yang berpengalaman dalam memasang blog. Betapa mudahnya memasang blog sehinggakan sekali memasang sendiri blog sudah dikira berpengalaman. Selepas pemasangan, anda perlu melakukan sedikit settings, ubahsuai tema dan mula menulis artikel untuk dimasukkan ke dalam blog atau apa yang dipanggil blog postings. Blog postings yang terdahulu boleh disunting kembali bahkan boleh dihapuskan dari blog (delete post).

wordpress add new post

Kandungan Blog Diisi Secara Berlapis

Maksudnya, kandungan blog ditulis dalam bentuk sebuah diari yang dicatat hari demi hari atau mungkin dalam hari yang sama yang hanya dipisahkan oleh perbezaan masa (jam-minit-saat). Sekiranya saya menulis 3 cerita di applikasi Notepad atau Microsoft Word dan kemudian membuka blog saya lalu melakukan copy paste dengan pantas pada 3 posting blog, maka, saya akan mempunyai 3 posting (atau juga disebut artikel) yang dipisahkan oleh perbezaan minit.
Kandungan blog dipaparkan mengikut susunan yang terbaharu (berdasarkan tarikh dan masa) diikuti oleh kandungan yang terdahulu.

Blog Sebagai Medan Interaksi

Blog menyediakan peluang untuk pembaca menulis komen di setiap posting. Dengan adanya komen membolehkan pembaca berinteraksi sesama mereka termasuklah pemilik blog.

Blog Amat Popular

Pada 16 Februari 2011, terdapat lebih dari 156 juta blog. Berapa pula agaknya pada hari ini?

On 16 February 2011, there were over 156 million public blogs in existence. On 20 February 2014, there were around 172 million Tumblr[4] and 75.8 million WordPress[5] blogs in existence worldwide. According to critics and other bloggers, Blogger is the most popular blogging service used today, however Blogger does not offer public statistics.[6][7] Technorati has 1.3 million blogs as of February 22, 2014[8]
…dipetik dari Wikipedia

Rekabentuk Blog Mudah Diubahsuai

Blog merupakan satu applikasi yang membenarkan pemilik blog mengubahsuai susun-atur blog menerusi widget. Sesetengah sistem blog menamakan widget sebagia gadget. Widget atau gadget adalah satu ruang dibahagian-bahagian blog yang boleh anda isikan dengan kod HTML, link pautan ke laman web yang lain, imej, sebarang teks, iklan dan sebagainya. Dalam contoh blog dibawah, widget atau gadget berada di sebelah kanan dan atas blog posts.

blogspot blog layout - widgets

  • Kedudukan posting – boleh diubah samada anda inginkan paparan posting yang lebih lebar atau lebih kecil.
  • Kandungan widget – anda sendiri yang menentukan apakah jenis paparan yang anda mahukan samada paparan iklan, html, imej, teks dan sebagainya.
  • Tema blog – anda boleh pilih tema yang sesuai dengan tujuan blog anda dibina. Jika anda menulis untuk berita sekolah, maka, tema jenis magazine paling sesuai.
  • Imej Header – boleh tukar kepada imej yang bersesuaian dengan kandungan blog.
  • Warna blog – sesetengah tema blog mengizinkan anda untuk menukar warna yang lebih selari dengan tema blog.

Rasanya cukup setakat itu tentang ciri-ciri blog. Mari kita beralih kepada ciri-ciri laman web.

Laman Web Bukan Sebuah Sistem Komputer

Laman web tidak mempunyai database. Maklumat yang dipaparkan di skrin tidak disimpan di database tetapi ianya disimpan didalam fail-fail html. Untuk lebih mudah memahami maksud di atas, anda cuma perlu lihat senarai fail-fail didalam komputer anda menerusi “My Computer”. Anda tentu nampak senarai dokumen-dokumen Microsoft Word, Excel, Powerpoint yang telah anda taip dan simpan di laptop bukan? Begitulah halnya dengan penyimpanan maklumat bagi laman web dalam bentuk fail-fail html, php, dan sebagainya.

Namun begitu, sungguhpun saya katakan laman web bukan sistem komputer TETAPI pada hari ini terdapat laman web yang dibangunkan untuk membaca data-data dari sesebuah sistem komputer dan memaparkannya ke skrin komputer. Contoh yang terbaik adalah laman web perbankan online. Ianya sebuah laman web yang membaca data dari sistem deposit atau pinjaman, lalu memaparkan maklumat tersebut ke skrin komputer pelanggan mereka.

Laman Web Sukar Diselenggara

Pada peringkat awal perkembangan dunia internet, hanya laman web sahaja yang wujud. Laman web adalah berbentuk statik. Kandungan laman web ditulis di komputer dan setelah siap, ia akan dipindahkan ke server untuk tatapan pengunjung laman web tersebut. Tidak ada skrin untuk admin melakukan proses settings dan blog posting.

Kandungan Laman Web Diisi Dalam Bentuk Dokumen

Laman web ditulis dalam bentuk dokumen dimana setiap dokumen disimpan sebagai satu fail html. Setelah ke semua dokumen telah lengkap, dokumen-dokumen (fail-fail html) akan dihubungkan antara satu sama lain lalu membentuk sebuah laman web.

Laman Web Bukan Medan Interaksi

Tidak ada kemudahan untuk berinteraksi. Pada hari ini terdapat laman web yang menyediakan ruang untuk berinteraksi tetapi laman web tersebut sebenarnya berhubung dengan sebuah lagi sistem bagi membolehkan proses interaksi dapat dilakukan.

Laman Web Tidak Popular

Mengapa? Kerana laman web lebih sesuai untuk organisasi seperti kerajaan dan syarikat. Mereka mempunyai jabatan teknologi maklumat untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Rekabentuk Laman Web Sukar Diubahsuai

Ubahsuai laman web hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih dalam bidang IT. Banyak kod-kod pengaturcaraan komputer yang perlu dimasukkan untuk menjadikan laman web lebih berkesan. Cuba anda lihat pada laman web maybank2u, cimbclicks dan perhatikan rekabentuk laman web tersebut. Adakah mudah untuk diubahsuai oleh seseorang yang tiada kemahiran IT?

Diharap anda telah dapat sedikit-sebanyak pengetahuan mengenai perbezaan antara blog dan laman web setelah membaca artikel ini. Jika 20 tahun dahulu, hanya syarikat-syarikat sahaja yang mempunyai laman web tetapi kini budak sekolah menengah pun telah ada yang mempunyai blog mereka sendiri. Tambahan pula kos untuk membeli domain dan hosting tidaklah mahal.

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.