Kita imbas kembali detik zaman permulaan handphone. Jenis yang besar macam botol air pun ada selepas itu mula mengecil sesuai dengan peredaran zaman. Memang nampak hodohla handphone di zaman tu tapi itulah yang menjadi kebanggaan mereka yang mempunyai duit lebih sikit. Asal ada handphone aje, dok la pegang kat tangan ke hulu ke hilir pastu cakap dalam bas macam nak bagi semua orang tau yang “aku” ada handphone. Eh…eh.. kenapa “aku”. Cerita kesah aku ke?
Tapi topik kali ni bukan nak cerita pasal kehodohan handphone zaman tu, tapi nak tengok samada anda perasan tak yang handphone zaman tu, jarang sekali hang. Hang ni bahasa Kedah yang diguna-pakai oleh mat saleh. Mat saleh suka-suka aje guna untuk maksud “kaku”. Zaman tu mana ada handphone guna memori sebesar 4Gb, 8Gb, 16Gb tapi rileks aje memberikan khidmat kepada si pemiliknya tanpa mengakukan dirinya.
Bila handphone kaku, semua fungsi handphone akan terhenti dengan serta-merta. Seolah-olah handphone kehilangan arah. Handphone zaman dahulu tidak menggunakan perisian sistem operasi sepertimana yang digunakan oleh komputer (PC, laptop). Ia menggunakan sistem terbina-dalam di papan litar handphone tersebut. Tidak boleh ditokok tambah applikasi baru, apa yang anda dapat dari handphone yang keluar dari kilang akan terus kekal sehinggalah handphone kehilangan nyawanya.
Habis tu, kenapa handphone hang?
- Bila memasuki era telefon pintar, dah namapun pintar, maka, anda dah boleh pasang applikasi-applikasi yang popular pada bila-bila masa asalkan ada kemudahan internet. Jadi bila dah banyak yang dipasang, lepas tu bila petang, buang applikasi yang tak best, malam pulak download applikasi baru, lama-lama handphone pun jadi celaru di bahagian penyimpanan fail. Lama-kelamaan handphone jadi pening dan ambil masa untuk mencapai fail-fail yang dikehendaki. Fail-fail ini membawa maksud himpunan fail-fail yang digunakan oleh applikasi. Ada juga kes dimana, bila sesebuah applikasi dibuang (uninstall), kemungkinan fail-fail yang turut sama dikongsi oleh sistem pengoperasian dibuang bersama dengan applikasi yang anda uninstall. Bila ini terjadi, akan tiba satu masa handphone jadi kaku tak semena-mena.
- Jangan main lagu masa guna handphone untuk main game. Game perlu menggunakan ruang memori di telefon pintar anda dan saiz yang diperlukan memang besar bergantung kepada jenis game. Applikasi yang memainkan lagu MP3 juga perlukan ruang memori dan akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri. Ini contohla, bukan bergaduh secara fizikal tetapi berlaku perebutan hak untuk menggunakan memori. Bila keadaan ini berlaku, terdapat delay (keadaan tersangkut-sangkut) pada kelancaran applikasi dan akhirnya handphone hang.
- Jangan sesekali memuat-turun applikasi yang tidak diketahui tahap kejujurannya. Ada applikasi yang bertindak 2 alam dengan menghantar data-data yang tertentu menerusi talian internet balik ke pangkalan data (database) mereka. Maklumat ini mungkin bertujuan untuk strategi pemasaran. Sewaktu proses penghantaran berlaku, handphone jadi perlahan kerana terdapat ejen-ejen di belakang tabir yang melakukan kerja. Sekiranya dalam masa yang sama anda juga sedang bermain game dan mendengar muzik yang dimainkan oleh handphone anda, maka, handphone akan jadi slow dan akhirnya hang.
Cukup rasanya perkongsian 3 perkara di atas berkenaan topik Kenapa Handphone Hang.
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin kesihatan handphone?
- Jangan download terlalu banyak applikasi. Muat-turun applikasi yang berguna sahaja. Lakukan pemilihan dengan teliti. Lihat pada “* ratings” yang dipaparkan. Kalau banyak bintang “*”, maka, lebih popular dan boleh dipercayai akan kemampuan applikasi tersebut. Baca komen pengguna yang pernah menggunakan applikasi tersebut.
- Pastikan ruang memori yang tinggal sentiasa besar, setidak-tidaknya masih berbaki 40%. Ini untuk mengelakkan sistem dari bekerja lebih keras kerana terpaksa melakukan penyalinan data ke internal memory card secara kerap. Menyentuh tentang topik ini, andai katalah jika anda mempunyai otak yang masih belum dipenuhi oleh maklumat, sudah tentulah anda mudah mengingati maklumat yang diterima. Tetapi, sekiranya telah banyak maklumat yang disimpan di otak dan anda rasa tak mungkin boleh ingat lagi, tentu anda akan mencapai sekeping kertas dan menulis maklumat tersebut. Begitulah persamaan dengan sistem memori sesebuah telefon pintar.
- Dapatkan applikasi yang mampu menyelenggara memori dan kad memori anda. Applikasi seperti ini mampu membuang fail-fail yang tidak diperlukan lagi dan mengoptimakan handphone pintar anda ke tahap yang lebih baik. Pada ketika ini aku menggunakan applikasi Clean Master Phone Boost.