Buat Duit Melalui Internet Dengan Google Adsense

sistem google adsense

Mungkin telah ramai yang mengetahui tentang platform untuk menjana duit sampingan melalui internet. Ada yang menjual barangan fizikal di laman web mereka ataupun di media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan sebagainya. Membeli pada harga rendah dan kemudian menjual pada harga runcit yang tinggi boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan sekiranya kita mampu menjual dalam kuantiti yang banyak.

Bagi mereka yang tiada produk pula, mereka mungkin berkecimpung didalam bidang pemasaran internet dan mereka ini digelar Internet Marketer. Jiwa saya lebih kepada pemasaran internet. Mereka tiada produk tetapi memasarkan produk orang lain dan menerima komisyen. Berapa komisyennya? Tidak tentu; bergantung kepada jenis produk yang dipasarkan. Produk-produk yang dipasarkan juga terbahagi kepada produk fizikal dan produk digital. Salah satu cabang produk digital yang boleh dipasarkan adalah produk-produk Clickbank. Klik di sini sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana buat duit melalui internet dengan Clickbank.

Pernahkah anda menjumpai logo ini ketika ingin membuat carian maklumat di internet?

google malaysia logoAgak biasa bukan? Semua orang pun kenal akan logo Google. Sebuah syarikat gergasi berpangkalan di Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan enjin pencarian maklumat di dunia siber. Ramai percaya Google lebih berkeupayaan mencari maklumat yang dikehendaki berbanding enjin pencari yang lain.

Adat orang berniaga memang begitu. Kenapa pula? Asalnya memang mereka hanya menawarkan perkhidmatan enjin pencarian maklumat secara percuma, tetapi lama-kelamaan mereka mula menghasilkan produk perkhidmatan pengiklanan. Hebatkan idea mereka. Mula-mula beri percuma, lama kelamaan mereka mula dikenali ramai diseluruh dunia dan kemudian menyediakan ruang iklan untuk dibida oleh pengiklan. Susah nak faham kan. Baiklah, lihat pada gambar dibawah.

sistem google adsenseBuat Duit Melalui Internet Dengan Google Adsense

Syarikat Sutera Diri Sdn. Bhd. mempunyai sebuah kilang yang mengeluarkan produk-produk berasaskan sutera dan mereka merancang untuk melebarkan sayap pemasaran dengan mendapatkan ruang iklan di Google. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka ialah menyertai program Google Adwords. Program ini menyediakan kemudahan buat pengiklan untuk merancang strategi pengiklanan untuk memastikan keberkesanan setiap iklan. Cara Google mengenakan bayaran kepada pengiklan adalah berdasarkan “per click”. Setiap pengiklan perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun pengiklan (akaun adwords pengiklan, bukan akaun bank pengiklan ye!). Tidaklah mahal, jika tidak silap serendah RM20 sahaja. Wang dari akaun adwords pengiklan akan berkurangan apabila sahaja berlaku klik pada iklan yang dipaparkan.

buat duit dengan google adsense

Dalam contoh di atas, seorang pengunjung melakukan carian “buat duit online” dan anda sebagai publisher tidak mendapat apa-apa habuan jika pengunjung internet klik pada salah satu iklan Google Adsense yang berada didalam kotak warna mereh. Setiap pengiklan akan bersaing untuk membida kedudukan iklan di mukasurat pertama, kedua dan seterusnya. Di mukasurat pertama juga nilai bidaan adalah tinggi dari mukasurat kedua dan seterusnya dan pengiklan juga akan bersaing untuk memilih kedudukan iklan di senarai teratas. Jadi inilah caranya Google mendapat keuntungan dengan menyediakan platform untuk pengiklan bersaing sesama sendiri. Dalam contoh di atas, laman web “Perdagangan Secara Online – plus500.com.my” membuat pelaburan yang tinggi. Berikut adalah senarai laman Web berdasarkan pada nilai bidaan.

  1. Perdagangan Secara Online – plus500.com.my
  2. Buat Duit Online – Muat Turun Platform MT4 – MTrading.my
  3. Kerja Sambilan Untuk Wang
  4. Buat Duit Dari Rumah
  5. Jana RM2K? Dari Online
  6. Anda Pengguna Handphone?

buat duit dengan google adsense fokus mata

Secara logiknya mata manusia akan melihat dari sebelah kiri atas ke bawah dan seterusnya ke sebelah kanan dari atas ke bawah. Jadi, inilah permainan Google dalam menyusun kedudukan iklan dan mempelawa pengiklan membida kedudukan tersebut.

buat duit dengan google adsense web publisher

Lihat pula pada contoh skrin di atas di mana kawasan kotak yang berwarna merah adalah kedudukan iklan Google Adsense yang telah di setkan oleh pemilik laman web tersebut. Pemilik laman web tersebut juga dikenali sebagai publisher.  Publisher akan mendapat sedikit ganjaran sekiranya pengunjung laman web mereka melakukan klik pada iklan Google Adsense. Ini adalah situasi menang-menang diantara pengiklan, Google dan publisher. Sebagai publisher, mereka terpaksa menyelenggara laman web mereka dan menyediakan maklumat yang berguna kepada penggguna Internet. Ini semua memerlukan masa yang banyak dari segi pencarian maklumat dan menyuntingnya menjadi satu artikel.

Mudahnya kerja publisher? Terbitkan artikel dan duduk diam-diam dapat duit melalui internet dengan Google Adsense.

Tidaklah semudah itu. Publisher mesti mencari maklumat di Internet dan menyunting menjadi maklumat yang lengkap. Pihak Google bukannya sebodoh itu. Google melarang sama sekali kegiatan menciplak artikel. Mereka mempunyai satu program khusus dalam memantau duplikasi artikel. Satu lagi, Google akan menyekat akaun anda sekiranya anda melakukan klik pada iklan Google Adsense di laman web anda sendiri. Janganlah pula sesekali menyuruh saudara-mara atau kawan-kawan klik pada iklan Google Adsense anda walaupun mereka berada jauh dari tempat tinggal anda. Google masih bijak untuk mengenalpasti kes-kes suspicious fraud click. Secara logiknya sekiranya seseorang singgah di laman web anda, mereka akan membaca kandungan artikel anda dan klik sekali pada iklan Google Adsense. Selepas itu Google akan membawa pengunjung tersebut ke laman web pengiklan. Di sana, mereka akan meneruskan pembacaan dan berlegar-legar di laman web pengiklan. Kemungkinan mereka pergi ke laman web lain atau kembali ke laman web anda. Mereka membaca maklumat yang lain di laman web anda, kemudian klik pada iklan Google Adsense. Google pula membawa pengunjung tersebut ke laman web pengiklan (mungkin pengiklan yang sama tetapi besar kemungkinan pengiklan yang lain). Jadi, tempoh masa klik pada iklan Google Adsense yang pertama dengan yang kedua juga mungkin sebahagian dari cara Google mengenalpasti suspicious fraud click. Tak mungkin sama sekali pengunjung membaca sepantas kilat. Setuju?

Walaubagaimanapun, kita tak dapat mengetahui 100% logik yang digunakan oleh Google dalam mengenalpasti kes-kes suspicious fraud click. Kemungkinan, antara logik yang digunakan oleh Google adalah :

  • Tempoh masa klik yang pertama dengan yang kedua
  • Kedudukan geografi komputer yang melakukan klik yang pertama dan kedua. Ingat! Setiap komputer mempunyai IP Address yang berbeza.

Agak panjang tulisan saya pada posting kali ini. Tak mengapa, asalkan anda faham dan satu hari nanti boleh buat duit melalui Internet dengan Google Adsense. Mungkin ada yang pening kerana keluar perkataan-perkataan ini :

Topik yang penting yang akan saya tulis selepas ini adalah prosidur menyertai Google Adsense.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.