Bagaimana Delete Email Masuk Yang Banyak

hapus email secara pukal

Fuh….poning kepalo den nengok email masuk yang banyak ni. Nak delete sesatu memang tak larat. Apo caro nak buek ni? Lama tak maintain akaun Yahoo email. Sekali buka… tu dia selambak. Tengok screenshot kat bawah ni.

hapus email secara pukal

Lihat pada Organicsee… (15672). Maksudnya ada 15,672 email masuk dari “pingfresh botspy”. Pingfresh sejenis tools berkaitan SEO yang aku pasang di laman web organicseedsgardening. Laman web ni adalah laman web ujikaji aku. Dah habis tempoh kajian aku pun dah tak renew lagi domain tersebut.

Ok, apa yang aku nak cerita kat sini ialah macammana nak delete email masuk yang banyak tu. Aku pun pergi la ke Yahoo Answer mencari jalan terbaik untuk selesaikan masalah aku ni.

Soalan : I have tons of messages (over 800) from an egroup and would like to delete them without having to do them page by page.

Den ado bertan-tan mesej ni ha (lobih 800) dari satu egrup. Ingat den nak delete la tapi den lotihla nak delete tiap muko.

Lebih kurang gitulah terjemahan bahasa Inggeris tu.

Jawapan :
It is Yahoo mail – and just from the input already, I have found a way to delete 200 at a time. Change options to show 200 msgs at once. At the bottom of the page, select “check all”, then go to the top of the page and select “delete”. If there are a few msgs I want to keep, I just uncheck them after selecting “check all”
Den dah jumpo caro nak delete 200 email sekali harong. Eko tuko opsyen bagi dio tunjuk 200 mesej sekali harong. Kek bawah tu ko tando “check all”. Lopeh tu eko balik kek muko pertamo dan kelik delete.
Lebih kurang gitulah terjemahannya, pandai pulak mat saleh tu kobar dalam bahaso jolubu.
hapus email secara pukal
Kesimpulannya, memang boleh untuk kita delete email masuk yang banyak tu dengan cara menukar opsyen paparan ke had maksima dan scroll ke mukasurat yang paling bawah dan klik “check all“. Sebenarnya tak perlu pun pergi ke bahagian atas, terus klik delete pun boleh.
hapus email secara pukal
Selepas itu jangan pula lupa untuk clearkan semua email masuk yang ada dalam thrash bin. Email masih lagi boleh dicapai selagi ianya masih dalam thrash bin.
Cara ni bukanlah penyelesaian dengan satu klik tetapi ianya adalah penyelesaian paling hampir kepada masalah aku.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.