Antivirus Trend Micro

antivirus trend micro installation disc

Sampai sudah Antivirus Trend Micro Internet Security 10 Cloud Edition yang aku order dari Lazada. Memang bagusla Lazada ni sebab ada option Bayar-Waktu-Terima. Sesuai la untuk orang yang takut nak buat online transaction. Sebenarnya online transaction takde apa masalahnya, semua kira selamat. Ini bukan zaman macam dulu yang mudah sangat penyangak kebas duit online. Apa pun berhati-hatilah bila buat transaksi secara online macam kes penipuan maybank2u online banking yang pernah aku ceritakan dulu.

antivirus trend micro installation discTaknak membebel panjang, lepas masuk je CD installer, terus dia mula nak install dan pertama sekali dia akan check semua software-software yang incompatible dengan Antivirus Micro Trend. Dia dah jumpa satu iaitu IOBit. Tak banyak pikir aku ok je untuk dia remove software tu, menyemak je. Agak sedikit kelam-kabut pada awal installation sebab katanya tak boleh instal kerana ada konflik dengan system security laptop aku ni. APA? Ini yang tak berapa nak syok ni. Bagi orang IT macam aku memang payahla nak mengalah tapi semua tu masih under control.

Sebelum ni aku pernah guna versi berbayar Kaspersky, IOBit dan bitDefender. Semua OK dari segi mengesan virus, phishing, spyware cuma ada beza dari segi harga dan “keberatan” software tu. Maksud “berat” disini ialah dia sedikit mengganggu keupayaan memori komputer kerana sesetengahnya menggunakan memori komputer yang banyak. Apabila ini berlaku akan kelihatan komputer korang jadi slow secara tiba-tiba dan selepas beberapa saat atau minit keadaan kembali pulih. Sebenarnya ukuran kebagusan sesebuah antivirus diukur pada ciri-ciri produk yang ada dan lebih banyak ciri-ciri yang ditampilkan maka lebih sedikit memori komputer yang akan dia gunakan. Terpulanglah korang ni jenis pengguna komputer yang macammana, kalau banyak main software grafik memang terasa la kelembapan komputer korang jika guna antivirus yang bagus.

Kelajuan Komputer Antara Ciri Pemilihan

Pengeluar antivirus yang bagus selalu kata yang kononnya mereka punya antivirus tak melembapkan komputer korang tapi hakikatnya ia bergantung kepada kategori pengguna yang macam aku sebutkan tadi. Jangan mudah terpedaya. Diantara 3 antivirus yang pernah aku gunakan di atas ternyata bitDefender yang paling laju untuk kategori orang macam aku. Aku banyak gunakan Mozilla Firefox sampai 7-8 lapis, Chrome pun dalam 5-6 lapis, kadang-kadang Opera 4-5 lapis. Semuanya dibuka serentak. Dengan bitDefender, kelajuan komputer aku nampak OK, boleh diterima. Untuk Kapersky dan IOBit, kedua-duanya nampak melembapkan komputer aku.

Harga Antivirus

Sememangnya faktor harga juga memainkan peranan penting dalam pemilihan. Siapa taknak yang murah, betul tak? Diantara 3 jenis antivirus yang di atas, bitDefender yang paling murah. Dalam senarai antivirus popular, bitDefender menduduki ranking teratas.

Kenapa Aku Pilih Antivirus Trend Micro?

Saje je. Saje je nak cuba benda baru. Nak tengok sejauh mana keupayaannya berbanding dengan harganya yang teramatla murah. Korang bayangkan dengan RM40 dapat 3 lesen. Perghhh… murah giler, tapi kuasa kudanya macam maner? Itu la yang aku nak cuba ni. Nak tengok jenis kuda padi ke kuda mongolia ni. Setakat ni aku rasa macam berbaloi je guna Trend Micro.

Baru kejap ni dapat tangkap sekor spyware. Saja je aku instal satu software yang memang aku dah jangka akan ada sisipan spyware. Tapi spyware bukan jenis tahap jahat gaban la. Biasa-biasa je. Dah buktinya macam kat skrin bawah ni, dapat dia kesan dan remove spyware tu.

trend micro hapus spywareMeneruskan ujian ke atas Trend Micro, aku cuba pulak masuk web yang agak seram. Mungkin ada unsur-unsur scam ataupun boleh memindahkan kod-kod jahat (virus la tu) ke komputer aku.

trend micro blok websiteMakcik Meriam Webster kata…

Malicious = having or showing a desire to cause harm to another person : having or showing malice

instal antivirus trend microBila kita nampak logo macam gini, memang sejuk rasa hati, komputer terpelihara bebas dari serangan virus. Tapi dunia semakin canggih, buat macamman antivirus sekalipun akan ada kemunculan virus-virus baru. Jangan-jangan yang buat antivirus juga pembuat virus kot. Mungkin boleh jadi jugak. Aku tak menuduh ye. Ok setakat ini saja berkenaan Antivirus Trend Micro. Akan aku kongsikan pengalaman aku menggunakan software ini di terbitan posting yang lain.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.