Grup Whatsapp Paling Popular

whatsapp grup

Komunikasi melalui Whatsapp kini jadi satu trend di zaman ini. Dari budak sekolah sampai la ke kategori warga emas semua yang menggunakan smartphone rata-ratanya memiliki akaun Whatsapp. Zaman sekarang kalau sebut SMS atau Short Messaging System, orang dah tak berapa nak ambil kesah dah.

Perbezaan Whatsapp dengan SMS yang amat ketara ialah kelajuan sistem SMS lebih pantas dari Whatsapp dan jaminan mesej yang dihantar tiba ke telefon si penerima. Kalau mesej melalui Whatsapp mungkin agak lambat disebabkan oleh faktor server Whatsapp atau telefon si penerima tidak menghidupkan fungsi data. Ada juga telefon si penerima yang telah kehabisan had data dan hanya bergantung kepada fasiliti Wifi.

whatsapp-grup

Jika dilihat didalam smartphone individu akan terdapat beberapa grup Whatsapp paling popular antaranya :

  • Grup Keluarga – Ini terdiri dari individu didalam sesebuah keluarga seperti ayah, ibu dan anak-anak.
  • Grup Keluarga Sebelah Ayah – Terdiri dari datuk, nenek, keluarga pakcik, makcik dan anak-anak mereka.
  • Grup Keluarga Sebelah Ibu – Sama seperti grup keluarga sebelah ayah.
  • Grup Majikan – Ini yang paling tidak disukai oleh pekerja bawahan. Nak lari mana pun tak boleh dah, apatah lagi nak mengular. Setiap bos akan menyalurkan maklumat dari pihak pengurusan kepada pekerja bawahan. Tak timbul lagi alasan pekerja yang malas seperti tak dapat maklumat sebab tu tiada tindakan dari mereka.
  • Grup Jiran – Agak biasa juga bagi mereka yang tinggal di perumahan teres. Kalau tinggal di kondominium mungkin jarang sekali diwujudkan grup seperti ini kerana merekN a kurang bergaul bersama jiran.
  • Grup Bekas Kawan Sekolah – Ini memang biasa terutamanya kawan sekolah rendah yang dah lama terpisah. Sambil-sambil bertanya khabar sementara masih kenal antara satu sama lain. Ada yang dah tak cam antara satu sama lain pun ada. Mata pun dah tak terang, telinga pun dah tak berapa nak dengar. 🙂
  • Grup Bekas Kawan Kolej – Ahli dalam grup ni masih lagi mengenali antara satu sama lain sebab kenal waktu dah besar, senangla sikit cam. Fizikal memang dah berubah dari badan sebesar cawan kini dah sebesar teko.
  • Grup Bisnes – Pantang join je, dah start post produk setiap jam. Alasannya, kena ikut cara Fb, post selalu sebab ramai orang skip baca mesej. Lantak korangla asal jangan call tengah malam nak promosikan produk.
  • Grup Kelas Anak – Ada cikgu yang rajin nak layan Whatsapp, akan buka grup ni. Bersembang pasal anak di sekolah, apa aktiviti dan paling tak best siap tanya “cikgu koko esok pakai baju apa ye?”. Letih la cikgu nak jawab. Anak ke bagi fokus tentang keperluan sekolah mereka.
  • Grup Agama – Berkisar tentang tazkirah harian dan perbincangan mengenai agama.
  • Grup Hobi – Ni grup paling rancak berbicara, al-maklumla semua berkongsi minat yang sama. Kalau grup hobi memancing akan mula cerita pasal umpan la, jaring la dan sebagainya. Tapi yang kaki sentap pun ramai jugak dalam grup ni.
  • Grup Ngeteh – Ini rejimen khas dimana ahlinya sepakat dalam banyak hal. Pantang ada sorang yang online, pasti ada yang follow. Ayat “10 minit depan rumah” memang biasa la. Mana yang taknak keluar akan cuba tidak membaca mesej Whatsapp takut dikesan membaca mesej tapi tak join ngeteh.

Ini contoh aje berkaitan grup Whatsapp paling popular kerana banyak lagi grup Whatsapp yang dianggotai oleh seseorang. Jenuh juga nak baca mesej belum-baca yang mencecah beratus-ratus jika tak buka Whatsapp 5 jam. Bila masuk aje mesej terus berbunyi telefon dan penyudahnya kita mutekan grup yang tertentu. Masalahnya bila kita mutekan grup tertentu, mungkin ada orang lain yang inginkan anda membaca mesej penting dari dia. So, Whatsapp versi terbaru telah ada ciri-ciri khas untuk mengeluarkan bunyi notifikasi di telefon anda walaupun anda telah mutekan grup tersebut. Ciri-ciri mirip tagging dalam sistem Fb ini bukanlah tagging sepertimana Facebook, tetapi sebagai permulaan, kira ok la tu. Pemilik Fb cuba menerapkan ciri-ciri yang ada dalam Fb setelah mereka berjaya membeli Whatsapp dalam bentuk tunai dan saham.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.