Siapa Lebih Bijak – Manusia atau Komputer?

kasparov-deepblue 1996

Jawapan yang senang tentulah manusia sebab manusia yang mencipta komputer. Tapi jawapan kena ada bukti sokongan.

kasparov photo terkini

Sumber Imej : wikipedia.org

Pernah dengar perlawanan catur di antara manusia dan komputer? Pernah dengar nama Gary Kasparov? Gary Kimovich Kasparov ialah seorang pemain catur berstatus chess grandmaster. Bekas juara catur dunia ini juga dikenali sebagai seorang penulis, aktivis politik dan ramai yang menyifatkannya sebagai pemain catur terhebat sepanjang zaman. Sejak dari 1986 sehinggalah beliau bersara pada 2005, beliau telah dinobatkan sebagai pemain catur nombor satu dunia sebanyak 225 bulan dari 228 bulan. Wow!

Kasparov juga merupakan pemain catur termuda yang memegang carta pemain nombor satu dunia pada usia 22 tahun dengan mengalahkan Anatoly Karpov.

Sejak berusia 7 tahun lagi, beliau telah memulakan latihan permainan catur di sekolah catur Mikhail Botvinnik dibawah jurulatih Vladimir Makogonov. Bayangkan, sukan catur di Rusia antara sukan dalaman yang popular sehinggakan ada sebuah sekolah yang mendidik kanak-kanak untuk menjadi  pemain catur yang mampu bersaing di peringkat dunia.

Apakah kaitannya Kasparov dengan komputer?

Pernahkah anda mendengar komputer Deep Blue? Deep Blue ialah komputer pertama berskala supercomputer yang dibina oleh IBM bertujuan untuk menentang juara catur dunia, Gary Kasparov. Perlawanan pertama telah diadakan pada tahun 1996 di Philadelphia dengan keputusan memihak kepada Kasparov. Keputusan penuh, Kasparov 3, Deep Blue 1, seri 2.

kasparov-deepblue 1996

Sumber : wikipedia.org

Susulan dari kekalahan Deep Blue kepada seorang manusia, membuatkan jurutera IBM kembali ke makmal untuk melakukan penambah-baikan kepada sistem Deep Blue. Setahun selepas itu, pada 11 Mei 1997, perlawanan catur membabitkan Kasparov dan Deep Blue telah diadakan sekali lagi di New York City. Dalam pertembungan ini, Deep Blue telah berjaya menumpaskan Kasparov dalam pertarungan 6 permainan yang berkesudahan 2 dimenangi oleh Deep Blue, 1 oleh Kasparov dan 3 seri (dengan persetujuan bersama).

kasparov-deepblue 1997

Sumber : wikipedia.org

Perlawanan tahun 1997 telah berlangsung selama beberapa hari. Walaupun Kasparov tewas, dari sudut jumlah perlawanan yang diadakan, terlihat keupayaan manusia menumpaskan sebuah mesin. Bukan semua permainan yang dimenangi oleh Deep Blue. Kasparov masih mampu mencuri mata dan 3 permainan berkesudahan seri. Atas faktor inilah dapat dilihat bahawa manusia lebih bijak dari komputer kerana kemampuan manusia menukar taktik pergerakan menggunakan akal fikiran sedangkan Deep Blue hanya mengikut apa yang telah diprogramkan. Kelemahan Kasparov pula ketika menentang sebuah komputer mungkin dari sudut keletihan berfikir. Komputer tidak perlu berfikir.

Disebalik pertarungan tersebut, sejak lewat 1940-an, pihak saintis komputer sedang mencuba untuk melihat kemampuan sesebuah komputer dalam menjalankan operasi pengiraan yang kompleks, melakukan pemodelan data dan kemampuan menganalisa risiko dalam pelbagai bidang sains.

Saintis-saintis komputer di IBM amat berminat dalam sistem pengkomputeran catur sejak 1950. Pada tahun 1985, seorang pelajar dari Universiti Carnegie Mellon yang sedang dalam peringkat penyediaan kertas tesis, telah memilih topik mesin permainan catur yang dikenali sebagai ChipTest. Feng-hsiung Hsu dan rakannya yang bernama Murray Campbell bersama-sama menjayakan projek tesis tersebut. Kedua-duanya telah diambil bekerja oleh IBM untuk menjalankan kajian berkaitan mesin permainan catur. Di IBM, mereka telah bersama-sama dengan sekumpulan saintis komputer yang lain dikenali sebagai Joe Hoane, Jerry Brody and C. J. Tan. Mereka menamakan projek tersebut sebagai Deep Blue. Mereka tahu kemampuan Deep Blue untuk melakukan analisis pergerakan catur sehingga ke angka 200 juta sesaat.

Siapa Lebih Bijak – Manusia atau Komputer?

Rumusannya, manusia sememangnya lebih bijak dari komputer. Manusia melakukan pemprograman komputer yang dapat melakukan kiraan pantas berdasarkan data yang diterima dan menghasilkan satu keputusan untuk pengguna. Setiap maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem komputer akan diolah oleh komputer berdasarkan set logik yang telah diprogramkan. Dalam pergerakan catur, logik akal manusia akan bertindak mengikut gerakan pihak lawan. Pertukaran strategi akan dilakukan di mana perlu. Dalam pertemuan pada tahun 1997, Kasparov mendakwa IBM telah menipu beliau dengan mengesyaki terdapat manusia yang terlibat sama dalam mengatur pergerakan Deep Blue sewaktu perlawanan tersebut. Adakah IBM menipu Kasparov? Kasparov meminta perlawanan ulangan tetapi pihak IBM menolak permintaannya dan kemudiannya Deep Blue dibersarakan penggunaannya. Ini semakin menguatkan telahan Kasparov bahawa terdapatnya campurtangan manusia dalam keputusan pergerakan Deep Blue sewaktu perlawanan sedang berlangsung.

Sumber yang diterbitkan dalam blog ini mengenai dakwaan Kasparov tentang penipuan oleh IBM diperolehi dari laman web chess.com yang memiliki Google PageRank 5.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.