Transaksi Jual Beli Secara Online

bayar melalui maybank online banking

Setiap saat akan ada transaksi jual beli secara online yang berlaku di mana jua pelosok dunia. Adakah jual beli ini selamat? Tidakkah maklumat perbankan dipintas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Apa Itu Jual Beli Online?

Ia merujuk kepada pembelian dan penjualan sesuatu barangan atau perkhidmatan secara online. Untuk lebih terperinci lagi, pembelian dan penjualan itu berlaku melalui medium internet yang melibatkan dua atau lebih pihak-pihak yang tertentu. Di antara pembeli dan penjual sudah tentulah hanya melibatkan 2 pihak. Tetapi antara penjual dan pembekal mungkin melibatkan banyak pihak.

Dalam sistem penjualan secara dropship, si penjual tidak mempunyai produk fizikal tetapi mereka berkolaborasi dengan pihak pembekal untuk menghantar barangan tersebut kepada pelanggan mereka dengan meletakkan alamat mereka sebagai alamat penjual. Bagi si pembeli, mereka tidak akan tahu proses yang berlaku di belakang tabir. Pihak penjual akan bertanggungjawab menguruskan jaminan yang diberi oleh pihak pengeluar. Ada penjual yang memberikan jaminan mereka sendiri selain dari jaminan dari pihak pengeluar.

Aku memang suka beli barang secara online kerana ianya murah dan mudah. Murah memang murah jika sanggup luangkan masa mencari produk yang diingini di internet. Mudah memang mudah kerana tidak perlu bazir minyak petrol, tol dan parking jika kaedah konvensional digunakan.

beli online walkie talkie boafeng

Baru-baru ini sibuk aku mencari walkie-talkie untuk kegunaan peribadi (sebenarnya lebih kepada nak main dengan anak-anak). Terjumpa la satu walkie-talkie Boafeng dengan spesifikasi yang paling minimum. Sekadar nak guna dalam rumah tak kisahla sangat tentang spesifikasi canggih ke tidak. Asalkan “On” boleh guna dan suara pun jelas, itu dah kira bersyukur sangat. Murah je RM100.96 sepasang.

beli online walkie talkie boafeng

Jarang aku memilih bayaran secara perbankan online. Kebiasaannya aku pilih bayaran melalui kad kredit Visa Electron Public Bank. Memandangkan baki dah menyusut kat dalam prepaid kad kredit tu lalu aku pun pilih opsyen perbankan online Maybank. Sekurang-kurangnya aku dapat belajar apakah ciri-ciri keselamatan yang ada.

bayar melalui maybank online banking

Ini merupakan integrasi di antara sistem internet banking oleh Maybank dengan sebuah syarikat Mobile88.com Sdn. Bhd. Syarikat ini merupakan ejen kepada pihak Lazada untuk proses transaksi online banking, Lazada => Mobile88 => Maybank (seterusnya pengesahan transaksi dihantar dalam arah yang menyongsang  Maybank => Mobile88 => Lazada).

Apakah Jual Beli Online Selamat?

Satu perkataan – Selamat. Skrin yang terpapar adalam skrin original oleh pihak Maybank. Maybank mempunyai interface window (tak pandai nak terjemah, tapi maksudnya lebih kurang skrin perantara diantara mereka dan pihak Mobile88). Pastikan URL tertera domain Maybank sebagai contoh => https://www.maybank2u.com/…

Jika bukan URL Maybank yang terpapar di alamat URL, sila keluar dari situ dan buat laporan kepada pihak Lazada dan Maybank.

Setelah melakukan transaksi di skrin Maybank, sistem Mobile88 akan mengambil sedikit masa untuk memproses isyarat dari Maybank mengenai status transaksi tersebut. Jangan klik apa-apa dan tunggu sehingga transaksi disahkan.

beli online walkie talkie boafeng

 

Sekiranya tiada sebarang masalah, anda akan dapat menyemak status belian anda sepertimana yang ditunjukkan dalam skrin di atas.

Kesimpulannya transaksi jual beli secara online secara online adalah selamat kerana proses memasukkan user id dan password berlaku didalam skrin Maybank itu sendiri. Mudahnya berbelanja secara online dan banyak masa yang dapat dijimatkan. Jangan takut, teruskan bershopping online ye.

Baca artikel lain berkaitan penipuan online banking di dalam blog ini.

2 Comments

  1. Mimi

    Salam. Saya nak tanya macam mana nak cek tracking oreder kalau beli di mobile88 ya?

    Reply
    1. Admin (Post author)

      confirmation email ada dihantar ke email puan mimi. Tracking order pula kena cek di sykt dimana produk dibeli. Kalau tak contact sykt tersebut, puan boleh contact mobile88 untuk bantuan +603 2261 4668 or support@ipay88.com.my.

      Reply

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.