Mengapa Powerbank Tak Berfungsi

masalah kabel powerbank

Pagi-pagi dia buat hal la pulak. Puas belek kiri belek kanan cari apa puncanya. Memangla aku ni bukan la pandai sangat dalam IT ni cuma dulu ada la graduate sikit dalam computer science. Hehehe…

Tapi kalau tahu buat program komputer sekalipun belum tentu boleh buat semua benda berkaitan komputer. Contoh ye, kalau ada seseorang yang graduate dalam bidang kejuruteraan automotif, korang rasa boleh ke dia baiki kereta yang rosak. Jawapannya, TIDAK. Diaorang belajar cara bagaimana nak cipta satu enjin yang mesra alam, enjin yang jimat bahan bakar, enjin yang lebih tahan lama, sistem suspension yang hebat dan sebagainya. Faham dah ye.

Mengapa powerbank tak berfungsi pagi ni. Selalu ok aje. Apalagi aku pun buatlah sedikit ujian.

Langkah 1 : Ujian power di soket ===> OK

Langkah 2 : Ujian lubang di powerbank dan telefon, cek kalau longgar ===> Ok, ketat.

Langkah 3 : Ujian tukar kabel powerbank ===> Ha…ini puncanya.

masalah kabel powerbank

Fungsi Powerbank

Kabel powerbank dah jahanam. Tapi mengapa? Mungkin kerana selalu sangat dilipat-lipat, maka kemungkinan kabel didalamnya terputus/terlerai di mana-mana bahagian. Tapi rasanya yang menghampiri kedua-dua penghujung. Lihat pada gambar di atas dan perhatikan kabel putih yang mempunyai tanda warna biru yang dibulatkan. Itulah yang dimaksudkan bahagian hujung kabel.

Kabel putih adalah kabel asal yang datang bersama powerbank. Ia boleh dilipat-lipat untuk memudahkan penyimpanan. TETAPI, ia boleh merosakkan kabel jika dilipat. Ini orang kedai tak bagitau sebab nanti boleh datang balik beli kabel.

Mengapa Powerbank Tak Berfungsi

Aku tukar kabel putih dengan kabel hitam yang aku selalu dok guna cas phone. Ehmm…sekali cucuk je terus berkelip lampu kat powerbank. Sah! Kabel putih dah kong. Kabel hitam tu agak keras dan susah nak lipat, hanya boleh digulung aje. Sebab tu kabel hitam tu tak ada masalah sampai sekarang.

Jadi pandai-pandai korangla nak jaga kabel USB ni. Memangla harga kabel tak mahal tapi nak pergi kedai beli satu tu yang malas. Tapi sebelum membeli, dapatkan beberapa tips membeli power bank yang mungkin membantu anda dalam membuat keputusan.

4 Comments

  1. Hani

    Tumpang tanya.. kalau power bank tu berkelip² lampunya bagaimana pulak? Time charge ok hidup je, time tak cas peratus hilang

    Reply
    1. Admin (Post author)

      dah masa kena tukar tu puan. maknanya power bank tu dah tak menyimpan tenaga yg masuk masa caj.

      Reply
  2. Qiaraa

    Kenapa yea powerbank pineng 939 20000mah sy bekelip masa cas..masuk kejap lepas tu tak ..nk kata wayar,xlogik..sbb wayar tu cas fon oke jer..kdg2 2,3 hari xpenuh.sblum ni sy jga wayar yg fon punya ok jer masuk..dah try 3 wayar dh adkah sbb lubang cas powerbank?.

    Reply
    1. Admin (Post author)

      mungkin lubang cas di powerbank rosak atau rechargeable bateri powerbank dah rosak/expired.

      Reply

Leave a Reply to Hani Cancel reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.