Cara Menukar Bentuk Teks Di Whatsapp

format teks whatsapp

Cuba lihat pada mesej applikasi mobile smartphone yang kelihatan menarik setelah dimasukkan elemen-elemen formatting sepertimana anda menaip di Microsoft Word. Penggunaan format Bold, Italic dan Strikethrough kini telah tersedia di Whatsapp versi 2.12.15 dan ke atas.

Jika setakat menaip di handphone tidak memerlukan internet.

format teks whatsapp

Cara Menukar Bentuk Teks Di Whatsapp

Ringkasnya, memang tidak sukar untuk menggunakan kelebihan format teks Whatsapp ini. Pada petikan Whatsapp di atas, 3 ayat telah menggunakan format Bold, Italic dan Strikethrough.

  • Kawan-kawan memanggilku Mr. Bold
  • Kawan-kawan menggelarkanku Mr. Italic
  • Aku tidak suka digelar Mr. Strikethrough

Cara menukar bentuk teks di Whatsapp dimulai dengan menaip simbol tertentu yang tersedia qwerty keyboard anda. Berikut adalah apa yang telah ditaip di telefon Rentas Hidup.

  • Kawan-kawan memanggilku Mr. *Bold*
  • Kawan-kawan menggelarkanku Mr. _Italic_
  • Aku tidak suka digelar Mr. ~Strikethrough~

Sebagai contoh untuk perkatan Mr. Bold di atas, sebaik sahaja anda habis meletakkan simbol * selepas perkataan Bold, whatsapp akan terus menukar format perkataan tersebut kepada format Bold. Di peringkat ini penggunaan Whatsapp tanpa internet memang sedang berlaku. Perkara ini saya bangkitkan kerana sebelum ini pernah kecoh cerita tentang mesej berkaitan Whatsapp tanpa internet yang terbukti scam.

Anda cubalah…saya tunggu 5 min.

Dah ke belum? Dah ke belum?…

Ok, senangkan? Tapi kita sebenarnya masih ada masalah la. Kalau anda nak perkataan dalam format macam ini, bagaimana pula ye =>  *Bold (ada satu * dihadapan teks yang ingin di”bold”kan juga bersama teks Bold tersebut.

Setakat ini belum ada lagi saya terjumpa jalan penyelesaian. Kalau anda ada penyelesaiannya, sila share dengan saya ye. Thank you in advance.

Memang sekarang mesej yang masuk ke inbox Whatsapp saya penuh dengan mesej yang berformat. Orang tengah seronok belajar cara menukar bentuk teks di Whatsapp la katakan… Nanti lama-kelamaan keadaan akan kembali reda. Masanya akan tiba bilamana pengguna Whatsapp malas nak format-format teks sebab nak cepat, taip lebih kurang dan send. Pada ketika ini sebarang bentuk mesej whatsapp adalah selamat dengan ciri data encryption yang tidak mampu dibaca oleh pihak ketiga. Jadi apa lagi, compose and send aje la.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.